Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive for May 2013

CHERRY & MANGO TANGO VERRINES

Cuaca panas. Tekak juga panas sikit-sikit. Hati aje sentiasa sejuk sampai bila-bila. Hamboi, tawadduk abis!
Cuti sekolah dah hampir melepasi minggu pertama. Ayark! Seminggu lagi bermulalah semula rutin mak-mak burung. Pagi keluar sarang, hangkut segala anak, campak kat serata tempat. Petang kang, hangkut bawak masuk sarang semula. Sampaikan mak burung ni nak melawa-lawa sikitpun takdan. Ke dan?
Merapu merapi pepagi ni heh!

Owh. Verrines saya ni. Pernah dengar tak?. Sayapun baru je berkenalan dengan menatang ni. Verrines ni sebenarnya hidangan yang disediakan dalam gelas kecil-kecil. Sama ada dessert ataupun snek. Lagi satu ianya hidangan yang bertingkat-tingkat. Fuh ayat, wikipedia abis.
Macam nilah chekgu besar nak bagi contoh. Kalau benda tu snek sihat yang nak di verrines kan, mula-mula bubuh timun sket, perah lemon. Lepas tu masuk salad, tuang plak minyak zeton. Lapisan ketiga bubuhlah warna sikit, so susun carrot campur mayonis. Heee gitu lah gamaknya.
Actually, ianya bukannya hidangan yang khusus. (Masih ayat wikipedia) jadi lapiskan ajelah apa yang rasa nak dilapiskan. So, sesiapa yang ada perut berlapis-lapis tu, inilah dia hidangan yang sesuai untuk demo. Hee, skiping Teranu pulok doh. Eh, betul ke Pasar Payang nak kena runtuhkan? 

Kalau nak runtuhkan, kat mana saya nak gi beli gula nisang ni, kat mana? acu jawak.
Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 gelas
250g cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan whipping cream (dairy milk)
Biskut oreo (tanpa krim) secukupnya
Puri ceri*
Puri mangga*
Sediakan puri ceri terlebih dahulu
Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil buah ceri
1/4 cawan air
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh gelatin
sedikit air panas
Perahan lemon

Cara-cara:
  • Campur air panas dengan gelatin dan kacau hingga larut. Biarkan mengembang dan ketepikan.
  • Buangkan biji dan tangkai buah ceri.
  • Campurkan dengan air, gula  dan kisar. Tapiskan. Campur dengan gelatin tadi dan perahkan sedikit lemon. Ketepikan.
  • Sediakan puri mangga pula.
Bahan-bahan:
1 biji buah mangga
2-3 sudu besar gula
1/4 cawan air
1/2 sudu teh gelatin
Sedikit air panas
Cara-cara:
  • Campur air panas dengan gelatin dan kacau hingga larut. Biarkan mengembang dan ketepikan.
  • Kupaskan kulit mangga dan ambil isinya.
  • Campurkan dengan air, gula  dan kisar. Tapiskan. Campur dengan gelatin tadi. Ketepikan.
  • Sediakan adunan cream cheese pula.
Cara-cara:
  • Pukul cream cheese hingga kembang. Pastikan cream cheese telah dilembutkan terlebih dahulu. 
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  • Masukkan whipping cream dan pukul hingga kembang dan sebati.
Cara-cara untuk assemble verrines:
  • Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag. Pipekan adunan cream cheese dan lapiskan dengan biskut oreo. Tekankan sedikit untuk meratakannya.
  • Tuang puri mangga seterusnya lapiskan lagi dengan cream cheese, biskut dan puri ceri pula.
  • Ulang hingga selesai.
  • Sejukkan sebelum dihidang.

JUS BELIMBING ASAM BOI

Masa saya tengah terhegeh-hegeh mengambil gambar ni, Ariff sedang berpeluh-peluh di sebalik dinding sana menendang bola. Dia nampak saya terbongkok-bongkok si nenek kebayan membuat lintas langsung ala-ala photo session yang grande gitu kat tepi dinding berabuk tu.
" Mama nanti Ariff cop segelas". Wah bagus perniagaan Restoran Mama ni. 

Nabiha pula tetiba betulkan gesture, pastikan posture tubuh dalam keadaan sedikit lentik sebab nak pegang gelas 'hotel'. Hahaha, almaklumlah dapat mama kejam dan menunjukkan kezaliman melampau bilamana haruslah aku larang guna  cawen-cawen yang menjadi perhiasan lemari, sementelah anak-anak kena guna cawan pelasetik yang dah berbulu-bulu muncung.
Tak pernah tengok cawan pelasetik yang dah berbulu-bulu muncung? Kat rumah saya ada banyak. :)
Lama tak mari gha rasa nak beli belimbing besi. Inipun hasil ehsan orang sebenarnya. Kisar lebih kurang, masukkan gula sikit, tapis. Lepas tu masukkan asam boi. Nyaman! Oh, kalau ada ais sikit tambah nyaman. 
amacam? nyaman sih!

BUTIR NANGKA KELAPA MUDA

Mesti ramai yang tak suka bila cerita kisah poligami, kan? Err, saya tak sepatutnya menggunakan perkataan MESTI di sini. Sebab mesti tu berupa tuduhan yang agak kejam kepada anda. Kan? Tak positif langsung.

Sorry. :)

Saya ada 2 kenalan (ramai benar kenalan) yang bermadu. Bukan dua. Tapi tiga. Ya tiga. Dan kedua-dua mereka adalah isteri yang ke dua. Mereka ada seorang adik dan seorang kakaklah kekdahnya. Heee.

Mereka ni adalah insan yang hatinya boleh dibelah halus atau manusia yang boleh dipermainkan perasaan oleh lelaki-lelaki bernafsu seluas langit? Tidak juga. 
Kenapa mereka dimadu heh?
1. Hidung mereka dah penuh bintik-bintik hitam?
2. Performance di 'lantai tari' dah sumbang?
3. Masak kicap ayam kampung organik rasa macam kari basi?
4. Pinggul semakin melebar jadi 4 hasta?
5. Rumah busuk lantai melekit macam reban kambing?
6. Kerja dan kerja dan kerja dan kerja mengalahkan Menteri Kerjaraya?

Apa jua alasannya, merekalah manusia kental dan cekal. Clap clap clap!.

Rentikan lah rasa yang bergulung-gulung tu. Ramai yang akan menyalahkan lelaki dalam bab ini. Saya juga ada kalanya. Tetapi kenkadang bila kita asyik mendongak dan mencari awan hitam yang kononnya merosakkan kesucian warna langit yang terang benderang, mata kita akan mudah terkabur bila kena meneliti 'daki' di kaki sendiri. 
Blog apa ni? :) 

Apapun hati saya sangat bermunger-munger bila tengok ahli baru dalam hidup UAI. Isterinya yang ke 3. Hebak ah big boh kita. Kalaulah suami sehebat ustak, saya rasa tak ada wanita yang tak redho bermadukan?

Oklah. Bubur butir nangka dengan sedikit sentuhan bermadu dari saya. Hiriskan kelapa muda untuk hidangan bersama dessert dari Kelate yang sehebak big boh ni tapi tampil dengan lebih kontemporari gitu! Heee. 
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
Pewarna kesukaan (saya gunakan pewarna kuning dan perisa pandan)
Air secukupnya
Bahan untuk kuah:
3 cawan santan pekat (saya perah dengan air kelapa)
1 1/2 keping kecil gula nisan
2 helai daun pandan
Isi kelapa muda
2 sudu besar sagoo mata ikan (rendam sebentar)
Secubit dua garam
Gula pasir (jika kemanisan daripada gula nisan tidak mencukupi)
Cara-cara:
  • Sediakan air rebusan seperti hendak membuat kuih buah melaka.
  • Bancuh tepung pulut dengan air hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan. (Saya bahagikan kepada 2 bahagian dan letakkan pewarna kuning dan satu lagi dengan perisa pandan)
  • Ambil doh anggaran sebesar ruas ibu jari/ duit 20 sen dan gentelkan memanjang. Anggaran i inci.
  • Rebuskan dalam air rebusan tadi. Pastikan air telah mendidih.
  • Apabila kuih telah timbul, angkat dan toskan. 
Cara untuk menyediakan kuah:
  • Hancurkan gula nisan dan masukkan ke dalam santan. Masukkan daun pandan untuk mewangikan.
  • Masukkan sagu dan masak dengan api perlahan.
  • Kacau perlahan-lahan dan pastikan santan tidak berketul.
  • Masukkan secubit garam. Apabila sagu telah menjadi jernih dan kuah telah mendidih, masukkan butir nangka tadi dan tutup api.
  • Sejukkan dan hidangkan dengan hirisan kelapa muda.
  • Wah lemak manis berganda gitu. Macam orang bermadu, kemanisan yang berganda-ganda :)

PASSION FRUITS MOUSSE

Assalamualaikum. 

Ari tu janji nak cerita pasal kakak istimewa kenalan saya di Mekah kan? Baik. Kalaulah saya ni lembu, mungkin saya dipegang pada tali. Tapi sebab saya mamalia karnivor jadi saya dipegang pada janji, kan?
Actually ada yang minta saya sharekan pengalaman menunaikan haji kat blog ni. Dik, akak bukan taknak share, tapi nanti semua orang dok bersyahdu-syahdu membaca kisah suka duka di tanah suci sampaikan 'basi' hidangan menu dalam blog ni. Ha cemana?
Oklah. Kisah kakak istimewa. Saya bertemu seorang wanita hebat ni di Madinah. Dalam Masjid Nabawi. Seusai solat maghrib, semua orang sibuk dengan aktiviti ibadah masing-masing. Biasanya saya akan cuba untuk 'menjauhkan' diri dengan jemaah dari Malaysia, kerana bimbang masa yang ada di celah-celah waktu solat tu dipenuhi dengan kisah-kisah 'Malaysia' berlarut ke kisah orang tu orang ni, artis tu artis ni. HaihJadi saya sengaja membawa diri. Rela duduk di celah-celah wanita Mongolia, African dan juga mak-mak Arab.

Tetiba ada ruang kosong di sebelah saya. Dan tetiba juga kakak ini muncul entah dari mana. Dia menyapa saya ringkas-ringkas. Saya juga balas ringkas-ringkas. Dia beritahu saya dia tinggal di Shah Alam, dan saya tau perumahan yang dia sebutkan tu adalah perumahan rumah juta-juta. :)
Dia tengok saya mengaji. Sayapun makin lama makin slowkan suara. Malu deh. Buatnya dia tu bekas anak murid Qariah Rogayah Sulong ke, mampuih acik. Heee

Dia buka cerita. Dan entah kenapa sayapun seolah-olah menunggu-nunggu cerita dia selanjutnya.

Dia pernah mengikuti kelas bahasa Arab Al-Quran semasa di Malaysia. 6 tahun dowh! Tapi satu hapah pun tak reti.  Dia yang kata, bukan saya yang memandai-mandai. Sepanjang pengajiannya tu, dia cuma dapat tangkap makna-makna perkataan dan bukannya boleh memahami ayat demi ayat dalam Quran.
Cerita dia, sepanjang berada di Mudzalifah dan Mina, dia tidak pernah putus-putus berdoa agar dia diberi 'restu' oleh Allah agar boleh memahami isi kandungan Quran. 

Dan, dia mampu lakukan tanpa disedari. Dia kaget (wah bahasa sinetron) bila mana sedang dia membaca Quran, dia tetiba dapat memahami maksud dan terjemahan Quran tersebut. Seolah-olah dia sedang membaca dalam bahasa Melayu. Dia minta suami dan rakannya untuk 'test power', dan  memilih mana-mana surah secara random. Dan dia mampu menterjemahkannya!

Ya Tuhan,  Ini memang menakjubkan. Saya memang terkesima habis!

Sesungguhnya Dia Maha Pemberi. Tak kisahlah jika kita bukan Maha Peminta sekalipun. Jika Dia mahu beri, dia akan serahkan di ribamu. Apatah lagi kalau kamu bengkak-bengkakkan mata meratap memohon agar dianugerahkan apa jua yang berlintas-langsung  dalam hati dan kemahuanmu kan? Bayangkan berapa berat pahamu meriba nikmat?

Dah kat situ je cerita istimewa. Tak ada dalam mana-mana novel cinta. Kalau adapun mesti dia minta izin untuk share kisah saya ni dan tetiba poket saya penuh sebab dapat banyak royalti. 
Susah nak dapatkan buat markisa di pasaran sekarang ni. Mungkin sebab saya tidak membeli belah di pasaraya terkemuka dunia, sebab tulah saya tak jumpa kot. Setakat shopping kat kedai runcit bawah tu, mana lah nak ada stok markisa. Uh, Cik Markiah pun tak shopping kat situ dah lening.

Jadi, lamalah kak DDD menyimpan hasrat dik nak tiru gaya Saloma  Dia Ni yang memang ebak bila buat desserts. Semua hidangan dia memang buat saya tus air liur tuh. Aduh!

So tak syak lagi. Sila rujuk SINI untuk dessert yang memang meleleh. Pergh!

Bahan-bahan:
1/2 cawan puri markisa (saya perah 3 biji buah markisa dan campurkan dengan sedikit jus markisa jenama Cosway)
125ml whipping cream
1 1/2 sudu teh gelatin (pastikan yang halal ye)
20ml air panas
50g gula
Sedikit perahan lemon 
Kek span vanilla secukupnya (atau sebarang kek span yang berwarna kuning)
Untuk resepi kek span asas, saya gunakan resepi NI. Jika tanpa kek mousse ini tetap yummy babeh!
Plastik clear keras (untuk membuat acuan disposable) * yang digunakan untuk membuat cover depan proposal --maaf kali ni saya tak sempat nak ambil gambar acuan buatan tu. Nanti bila free saya cuba buat semula dan snap gambarnya ye. 
Cara-cara:
  • Sediakan kek. Gunakan ring cutter  dan potong kek. Saya gunakan 5 keping kek span.
  • Ambil plastik keras dan gulung ring cutter yang digunakan untuk memotong kek tadi.
  • Salotepkan dengan kemas. Kemudian keluarkan ring cutter dan guna plastik tadi dan tekap perlahan-lahan ke atas kek.Ketepikan.
  • Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau hingga gelatin benar-benar larut dan mengembang. Kaedah lain boleh juga menggunakan microwave untuk melarutkan gelatin.
  • Campurkan gula ke dalam puri markisa. Kacau hingga larut. 
  • Campurkan pula gelatin. Kacau rata.Masukkan sedikit perahan lemon.
  • Pukul whipping cream hingga mengembang dan bertanduk. Gaulkan dengan puri markisa tadi perlahan-lahan hingga sebati.
  • Sapu sedikit air pada tepi acuan plastik.
  • Tuang adunan mousse perlahan-lahan ke atas kek tadi. 
  • Sejukkan kira-kira 3 jam sebelum dinikmati.

DONUT MAYONIS

Cuti sekolah menghampiri. Seronok juga bila lelah seharian dapat disimpan sebentar. Tapi nak tengok kejadian titanic live hari-hari, jemputlah ke rumah saya. Masa tengah karam tu lagilah bagus. Hergh!

Adeh. Letih mak letih. Tapi yang paling letih tentulah maid saya. Kesian juga dia. So far prestasi dia tak adalah unggul sangat. Tapi setakat ni tak keluarlah lagi perasan-perasan diva tu. Harap-harap berlarutanlah ye prestasi dia.
Tapi hamboih! Kemain lagi teres giles guna Ipad internet segala. Saya usha-usha juga search history lepas dia guna dalam Ipad anak-anak.  Hehehe. Intip jangan tak intip. :)

'Film Indonesia terbaru' . Dan entah apa-apa lagilah lagu indonesia terbaru yang dia search. Nasib baik!

Buatnya dia search ' cara untuk menghilangkan rasa menyampah kat majikanku yang hampeh', harus saya pengsan dan-dan tu jugak.
E eh, Mak Nat ni. Tiap-tiap minggu mesti buat donut. tak bohsan ke? Maaflah. Minggu depan lain tahun kita buat kuih hebat-hebat yang lain kay?

Seronok juga mencuba pelbagaikan resepi donut. Tapi kali ni saya cuba versi bermayonis dari Ros Jintan Manis. Ramai juga blogger dah mencuba donut ni. Komen sedikit; tak keterlaluan rasa mayonis tu. Ke lidah saya dah hilang deria? Heee. Tapi masih lagi 'seutas' (haha bestkan menyalahgunakan kuasa penggunaan penjodoh bilangan) donut yang lembut dan gebu. 
Sumber Resepi : Ros Jintan Manis thru Kak Ita Masam Manis
Bahan-bahan:
330g tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis (saya gunakan jenama Lady's Choice)
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung (saya tak letak sebab dah letak air susu)
1 1/2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 1/2 sudu besar marjerin (saya gantikan dengan lemak sayuran)
1 sudu besar bread softener (saya tambah)
1 sudu kecil donut improver (saya tambah)
1 biji telur (gred A)
140ml air suam  (saya gunakan susu suam)
Secubit dua garam
Cara-cara (saya gunakan cara biasa saya buat donut):
  • Campurkan semua bahan kecuali garam dan susu. 
  • Gaul rata dan masukkan susu sedikit demi sedikit. 
  • Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam. 
  • Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik. 
  • Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
  • Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda. 
Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan doh di dalam oven tersebut
  • Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan. 
  • Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda. 
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu di dalam. 
  • Tutup api sebentar sebelum menggoreng batch donut seterusnya. Ini bertujuan untuk merendahkan suhu minyak. Ini kerana jika minyak terlalu panas, donut akan menjadi menggerutu.
  • Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan. 
  • Saya pipekan sedikit buttercream dan taburkan sedikit dengan kacang goreng masin.
* Jika menggunakan BM ataupun mixer, isi ikut arahan pada BM/mixer masing-masing.

MANGO LASSI

Isnin yang terang. Damai bagi yang damai lah. Bagi yang kebuntuan, tetap berkerut seribu juga muka dan dahi mencari penyelesaian. Usah gusar, bukan sesaja Allah nak uji kamu. Kamu orang yang kuat, kamu orang yang kental. Maka haruslah ujian-ujian getir yang datang kamu boleh tepis seperti menepis nyamuk yang nyaris-nyaris menggigit cuping telinga.
Sakit dan gatal kena gigit nyamuk kat cuping telinga memang buat bengang lambat hilang weh. Gatal dan ada kerengsaan di situ agak berpanjangan. Heh!

Apa juga rasa di kalbu anda, sejadah cantik-cantik simpan dalam lemari buat apa. Duduk atas sejadah, 'seru'lah Sang Pencipta. Nescaya semua berlalu pergi, mudah-mudah saja. Lupakanlah 'bahu' facebook untuk mengadu hiba. Malu weh kalau Mark Zukerberg baca kisah dalam kelambu kita. Tahu berapa LV yang kita ada, 'tertahu' juga personaliti kita yang suka mengumpat nesta. :)
Sebenarnya, nak juga saya kongsikan kisah seorang kakak yang sungguh istimewa. Kenalan sewaktu di Mekah tahun lepas. Tapi hari ini saya rasa bahasa agak sumbang sikit, seperti blues itu bergulung-gulung datang mengaut mood untuk mengarang dan menulis. Nanti saya kongsikan. Saya janji!

Ni satu lagi kes. Cold case file nih. Anak-anak saya sukakan minuman yang manis-manis. Agaknya tekak diorang ni kalau disua dengan air kosong, terasa macam air longkang gamaknya. 'Jijik' benar dengan air kosong. 

Tolong bagi tips sikit macam mana nak sedapkan air kosong agar anak-anak saya teruja setiap kali nak kena teguk air penuh khasiat tu. 

Owh, terima kasih in advance. Anda memang baik hati. Juga thanks ye kepada yang sudi 'declare' diri sebagai 'bestest student' kat sini. Anda memang mempunyai keyakinan yang tinggi. Syabas!

Mango lassi untuk rendahkan suhu hati juga tekanan di bahu. Andailah bisa. Jika mango lassi yang sedap mengalahkan lassi di Al-Salam ini tak mampu meredakan batu-batu di bahu tu, sila istighfar banyak-banyak sampai berbuih-buih mulut ok.
Bahan-bahan:
1 biji mangga (anggaran dalam 300g) - kupas dan ambil isinya
1 pack plain yougurt (90gram)
1 cawan susu segar
Gula- jika perlu
Sedikit perahan lemon
Sedikit air -jika perlu
Cara-cara:
  • Kisar mangga dengan yougurt dan susu. Masukkan gula jika perlu. Perahkan lemon dan kisar hingga hancur dan mulus. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
  • Sejukkan sebelum dinikmati.

KEK PISANG HIGH PROTEIN BERWALNUT

Assalam peeps,

Jemu ke menatap kek yogurt sedap tu? Sebab kek tu memey  ahh sedap sangat jadi saya buat 'sticky post' di situ. Heee.

kebah dah kot demam pilihanraya atau pasca pilihanraya. Cuma satu je yang kurang enak. Bahan-bahan berkempen macam bendera, banner dan bunting kat tepi-tepi jalan tu sedikit menyakitkan mata. Masih bersepah-sepah lagi. Boleh aje saya tolong kutip dan lupuskan benda alah tu,  buat pahala sambil buang lemak-lemak berkarat ni. Sambil buang peluh moga-moga dosa termengalir keluar sama.
Tapi tulah-masih nak harapkan orang lain juga yang buat. Masih lagi ada perasaan, tu bukan kerja aku. Dah tu korang pasang banyak-banyak, korang lah tanggal kan sendiri. Haih gila pangai buruk hati reput berkulat dia ni.
Yang saya tau, buat kek tak berapa nak kek ni.  

Al kisah tepung gandum tinggal anggaran setengah cawan. SRF pun tinggal secubit cuma. Hapa nak di kek pisangkan. Sedangkan gula dan telur sudah bersatu dalam mixer. Tetiba aje ai tercipta resepi baru yu. 
Nak kata roti, rasa dan cara diadun macam kek. Nak kata kek ada juga tekstur roti di situ. Jadi makna kata, masih dalam kategori kek yang sedap dan lembab. 

Cuma, bila saya ulur kek ni kat anak sedara pakai spek kuasa tinggi, dia buat muka anak badak je. Ceh!
Resepi kek pisang yang asal kat SINI
Bahan-bahan:
7 biji pisang emas/4 biji pisang berangan/5 biji pisang nipah
3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak jagung
2 sudu besar ovellete
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung gandum (* dalam kes ni saya guna tepung high protein)
1/4 cawan tepung jagung
Secubit dua garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder - jika menggunakan tepung naik sendiri, omit baking powder
2/3 cawan walnut cincang
Sedikit esen pisang
Cara-cara:
  • Sediakan loyang. Sapu tepi  loyang dengan sedikit minyak dan lapik dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.
  • Lenyek pisang dan ketepikan.
  • Pukul telur, gula dan ovellete hingga gebu. Masukkan esen pisang.
  • Masukkan minyak dan pukul lagi. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan juga secubit dua garam.
  • Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. 
  • Masukkan walnut dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu 160 degree C kira-kira 35-40 minit (untuk kek) dan kira-kira 10 minit untuk cup cakes. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.

YOGURT CHOCOLATE MOIST CAKE KAK NOR

Ada yang demam pilihanraya? Saya balik kampung untuk melaksanakan tugas sebagai anak Malaysia. Herk! 

Mak mertua saya dengan semangat 'raya'nya siap berendang serunding bagai.  Lemang aje yang tak ada. Dahsyat! Dan sayapun kenalah 'buat-buat sibuk' menikmati sumer-sumer tu. Nanti kecik hati dia, saya juga yang sakit belakang pikul dosa. Dosa sedia adapun dok berkembang tak susut-susut. Adeh.
Nak juga saya mengulas sepatah kali 4367 juta kata perihal pilihanraya. Tapi toksahlah nak bertegang urat kat sini. Masing-masing akan ada hujah dan hujah pinjam dari orang lain. Mesti ader punyer!
Kek coklat lagi. Tapi cubaan dengan yogurt ini pertama kali. Bukan apa, tidak pernah bertemu rasa nak makan kek coklat dan pada masa yang sama ada stok yogurt di sisi. 

Kek coklat black out ataupun kek coklat takde karen memang sedap dan memang idaman lobang idung saya sepanjang zaman. Tambah yogurt menjadikan kek ini rasanya agak lain sikit dan tentunya sedap seh. Ala, but I cannot describe in words. Haha. Itu favourite word saya masa di Sintok. 
Saya namakan kek Kak Nor sebab saya ambil segala link dari blog Kak Nor.  Resepi asal (mungkin cubaan pertama dari Along Roz, bawak ke dapur sana sinun dan berhenti sebentar di dapur saya. Panjang kisahnya dan berakhirnya dari All Recipe Dot Com). 


Saya salinlah resepi kat sini. Al maklum lah tulisan saya lawa yu. 

Bahan-bahan (untuk 1/2 adunan dari resepi asal):
Saiz loyang : 7 inci

2 biji telur
1/2 cawan serbuk koko (saya gunakan serbuk coklat)
1/2 cawan air panas
1/2 cawan butter (saya guna 125g)
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan yogurt (saya guna 2 bekas yogurt perisa peach)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit esen vanilla
Cara-cara:
  • Ayak tepung dengan soda dan baking powder. Ketepikan
  • Bancuh serbuk coklat dengan air panas. Ketepikan.
  • Pukul gula dengan butter hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan juga beberapa titis esen vanilla.
  • Masukkan adunan tepung di selang-selikan dengan yogurt. Kacau sebati.
  • Masukkan bancuhan coklat dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu 170 darjah celsius kira-kira 45 minit. Atau sehingga masak. (saya kukus 1 jam)
  • Sejukkan sebelum dihias mengikut kreativiti masing-masing.