Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NASI LEMAK TERENGGANU

Nak nangis! Nasi lemak yang paling jiwang dari saya. Sebab ini antara hidangan emak yang paling saya tak akan 'berwaspada' langsung bila mengadapnya. Akan digunakan tanpa was-was.

Bila emak buat  nasik lemak episod 'temasya kampung pisang' ni, Atikahlah orang yang paling rajin. Rajin ambik daun pisang je! Bungkus ala-ala makan kat kedai gitu. Huh dia ingat sedap sangat nasi lemak kedai.
Nasi emak lemak dengan kasih sayang,penuh kontroversi juga sebab bila tak cukup akan saling berebut macam anak burung.

Sebenarnya Makcik Kedek nipun bukan sesaja nak cipta kontroversi berkenaan 'tempat lahir' nasi lemak ni. Tapi dinamakan begitu sebab nasi lemak yang disediakan  emak yang berasal dari Terengganu. Heeee. 
Nasi lemak berlaukkan ikan tongkol ni mungkin asal-usulnya dari Barbados ataupun Tunissia. Tapi yang saya pasti di Terengganu lebih popular nasi lemak dihidangkan dengan sambal ikan tongkol ni.  Tak gitu orang gganu?
Hai rakan, takkan tak rasa nak nangis tengok nasi lemak 'airport' ni. Bawak duit berjuta-juta nak pergi melencong, tapi bukak bekal nasi pulok! Maid Indonpun beli Delifrance tau buat sarapan kat dalam epot. Ngehngehngeh.

Bahan-bahan:
3 cawan beras 
Santan secukupnya
Secubit dua garam
Secubit dua gula
Daun pandan
*Boleh juga masukkan halba untuk meningkatkan lebih aroma

Cara-cara:
  • Himpunkan semua zarah-zarah kasih sayang dalam badan dan masaklah nasi dengan cara meluahkan sayang mengikut citarasa anda. Eceh!
Bahan-bahan Sambal Tumis Ikan Tongkol:
4-5 ketul ikan tongkol
9-10 keping asam gelugor
2 senduk sederhana cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
Gula nisan
Garam secukupnya
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
Minyak
Cara-cara:
  • Rebus ikan dengan air yang minimum. Masukkan asam keping dan garam. Tambah air dah biar ikan masak dengan api yang kecil. * Makin lama ikan direbus/kukus, akan wow rasanya kerana rasa masam dan masin meresap jauh ke isi ikan. 
  • Goreng ikan yang direbus tadi dan ketepikan. Tak perlu terlalu garing.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan bawang besar. 
  • Dengan menggunakan minyak untuk menggoreng ikan tadi, tumis bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan gula nisan, dan air rebusan ikan. 
  • Seimbangkan rasanya. Masukkan ikan dan bawang besar. Masak lagi hingga bawang layu.
Mak! terima kasih sebab suap saya dengan makanan yang sedap-sedap. Nasib baik saya bukan anak Vincent Tan, walaupun kaya tapi mesti saya tak merasa menikmati kebahagian hidup yang sebenar!
Mohon semua ambil iktibar dengan 'amaran' petang semalam. Ini bukan kisah dongeng, buatlah sesuatu sebelum terlambat. 


Saya petik dari wall Ustaz Azhar Idrus petang semalam : TSUNAMI = Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf. Mari audit diri kita ye laling-laling semua. :)

18 Responses to NASI LEMAK TERENGGANU

  1. As'salam hemmm sdp tu terliuk npk..dah le belum sarapan lg ni hehe :-) x pernah lg buat sambal tumis ikan tongkol..leh cuba ni....biasa masak nasi lemak biasa2 je....dan sambal tumis biasa :-)

  2. aduhh.. rindunya nak mkn nasi lemak t'ganu tu............. memang suka sangat2 lauk ikan aye tu... walau tak mkn ngan nasi lemak mkn ngan nasi putih pun layan habisss...

    kalu blk t'ganu mesti cari nasi lemak lauk ikan aye, paung goreng, laksam, tepong kapur dll lagi yg payah nak jumpa kat PJ/KL.. hihi...

  3. Dasyat betul cara2 memasak nasi lemak tu..patut la sedap sangat! Ni kalo masa suami xda kat umah xleh laa nak masak kann..sbb xde sgt rasa berkasih cinta sayang tu..ehh?

    Tp sarapan sy pagi ni nasi lemak gak kak chah..cuma x amik gambo ler..nasi lemak kurang kasih syg kot..tapi sedap mkn bertmbh2.ahak..

  4. Salam Chah.dtg jamu mata dg nasi lemak Ganu yg Chah hidangkan.masa mula2 dok Ganu dulu akak pelik juga tengok adik2 ipar makan nasi lemak Ganu dg sambal ikan tongkol sbb tempat lain tak da, rupa2nya mmg terkenal kat Ganu nasi lemak lauk ikan tongkol...

  5. singgah sini wat akak lapar lerrrr..kegemaranku nasi lemak..tak kira makan waktu pagi ke..tengahari ke...malam ke....semuanya layan...nak2 nasinya peroi dan lembut, maunya makan tak hengattttt...sedap tu sambal ikan tongkol...

  6. setuju2!! nasi lemak ikan tongkol ni mmg femes dipasar2 seluruh ganu.. hihi.. tp tun membesar dgn nasi lemak sambal tumis ikan bilis, sbb mama org kelate. nasi lemak ikan tongkol ni beli kt kantin sekolah ^^

  7. As'salam Chah

    Perghhh...nasi lemak sambal tumis ikan tongkol memang tangkap leleh kalau makan ni Chah. Serius k.ct paling2 suka sambal ikan tongkol entah kenapa. kalau makan nasi tak ada lauk lain pun tak kisah janji ada sambal macam ni, sampai jilat celah jari2 harus tuuuu..hehehe

  8. adusss terliur sungguh..kita mmg suka nasi lemak yg ada lauk mcm2..klu mkn dgn sambal tumis jew mcm x lengkap..mesti nk lauk2..h ehheee tp yg tang sambal ikan tongkol tu x pernah rasa lg..:)

  9. menu arini mmg kena ngan tema saya minggu ni...1 hari 1 bungkus nasi lemak 1 mesia....mcm mn x pekena sehari sebungkus kak Chah..rege rm150=nasi lemak sedap giler+sambal power+ rendang ayam saiz S+ikan masin goreng garing...x makan rugi wooo

  10. nasi lemak lauk ikan aya mmg terbaikkkkkkkkkk dr ladang kan chah.. tak sah rasanya makan nasi lemak tanpa lauk ikan aya.. uishh lama la pulak tak masak nasi lemak ganu nih..

  11. Laling2 semua,

    tak sempat nak reply satu-satu. Tapi pendek kata (panjang juga ada mention) memang sedap sambal ikan tongkol ni. Lagi satu nasi ni saya ikut cara emak, tak letak bawang. Mungkin ada tempat2 lain yg tumis dulu or masukkan bawang, saya tk pasti. Boleh cek dengan Kak Nor SG. :)

Leave a Reply